PELAKSANAAN KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKUIUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) TAHUN 4 - KSSR PERINGKAT DAERAH BALING SIK 2013.

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Unit Pengurusan Akademik

Semua Guru Besar SK/SJKC/SJKT,
Pengetua Sekolah Model Khas Baling

Tuan,

Dengan hormatnya  perkara  diatas adalah dirujuk.

2.  Sukacita  dimaklumkan  bahawa Kursus Penyebaran  Kurikulum  Standard Sekolah  Rendah  (KSSR) Dan Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS) Tahun  4 yang sebelum ini ditangguhkan  untuk semakan semula telah disambung semula di bawah tajuk Kursus Penyebaran  Dokumen Standard Kurikulum  Dan Pentaksiran  (DSKP) bermula  pada  3hb September, 2013 bagi mata pelajaran  Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain mengikut  tarikh seperti di Lampiran. [Muat turun surat:PELAKSANAAN KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) TAHUN 4  ]

3. Sehubungan dengan  itu, dipohon  kerjasama  pihak sekolah untuk menghantar  seorang  guru sekolah tuan yang akan mengajar mata  pelajaran  berkenaan  pada Tahun 4 2014 ke kursus diatas pada tarikh, masa dan tempat yang  telah ditetapkan seperti dalam Lampiran. Bagi kursus mata pelajaran Bahasa Melayu (3.9.2013) dan Bahasa  lnggeris  (4.9.20L3}, guru yang terlibat adalah guru yang telah menghadiri kursus KSSR Bahasa Melayu dan Bahasa  lnggeris  pada bulan  Jun tahun  ini. Setiap kursus akan bermula  pada pukul  8.00 pagi dan tentatif  program  akan dibekalkan oleh Jurulatih Utama  setiap mata pelajaran

Sekian, terima kasih.

Sila hapus E-mail yang telah dibaca.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan/puan tidak dapat menerima e-mail lagi.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik.
Hakcipta © 2011 Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik, 09100 Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Telefon: 604-4704344 Faks: 604-4703319