Syarat Pendaftaran Peperiksaan SPM

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Prosedur Khidmat

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta Yang Diiktiraf Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

atau

Mereka Yang Pernah Menduduki PMR Sekurang-kurangnya 1 (satu) Tahun Sebelum Mendaftar Untuk Menduduki Peperiksaan SPM.

atau

Mereka Yang Pernah Menduduki Peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.

atau

Mereka Yang Telah Mencapai Umur 19 Tahun Pada 1 Januari Dalam Tahun Peperiksaan SPM Semasa.

Mereka Yang Tidak Memenuhi Mana-mana Satu Syarat Menduduki Peperiksaan Tersebut Di Atas Tetapi Dapat Memberi Alasan Yang Munasabah Boleh Memohon Kelulusan Untuk Mengambil Peperiksaan Daripada Pengarah Peperiksaan, Selewat-lewatnya Akhir Januari Tahun Peperiksaan. Ini Termasuk Pegawai Kerajaan Yang Memerlukan Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pengesahan Jawatan Dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Memerlukan Kelulusan Bahasa Melayu Sebagai Syarat Mendapatkan Ijazah.


Syarat Pemilihan Mata Pelajaran:

1. Calon Hendaklah Merujuk Kumpulan Mata Pelajaran Dalam Buku Peraturan Dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 Dan Memastikan Mata Pelajaran Yang Dipilih Tidak Bertembung Waktu Peperiksaannya. Jika Bertembung, Calon Dikehendaki Mendaftar Hanya Satu Mata Pelajaran Dan Menggugurkan Mata Pelajaran Lain Yang Bertembung Dengannya.
2. Calon Yang Mengambil Peperiksaan SPM Kali Pertama Wajib Mendaftar Mata Pelajaran Berikut:-
1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam Atau 1225 Pendidikan Moral
1249 Sejarah
1449 Matematik
1511 Sains

Calon Juga Boleh Menambah Mata Pelajaran Lain Seperti Yang Ditawarkan Buku Peraturan Dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 serta Tertakluk Kepada Syarat Mata Pelajaran Berkenaan Dan Perkara 1.
Sila hapus E-mail yang telah dibaca.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan/puan tidak dapat menerima e-mail lagi.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik.
Hakcipta © 2011 Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik, 09100 Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Telefon: 604-4704344 Faks: 604-4703319